Perkataan durian itu
sendiri banyak digunakan sebagai kiasan dalam peribahasa Melayu. Sebagai contoh
dapat durian runtuh, seperti durian dengan mentimum menggelek
luka, kena gelek pun luka. Walaupun peribahasa tersebut mempunyai makna
yang mengandungi kebenaran, janganlah ada diantara kita yang
megah menganggap diri sebagai durian dan orang lain sebagai mentimun.
Kalau ditakdirkan kita sebagai durian dalam konteks kerjaya, maka jadilah durian yang
digemari orang kerana nikmat isinya, bukannya kerana simbol kuasanya. Janganlah
jadi durian yang menakutkan orang dengan duri-durinya.
Samada kita adalah
durian atau mentimum, kita semua ada peranan dan tanggungjwb masing-masing. Setiap dari kita punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Kita tidak perlu tunduk kepada
sesiapa melainkan hanya kepada Allah SWT. Durian
hanyalah buah untuk dikopek dan dinikmati!
