Saturday, 3 January 2009

HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA: ANTARA PRINSIP DAN MARUAH

Sejarah hubungan Malaysia-Indonesia menampakkan pasang surut hubungan antara kedua-dua negara.
Dalam semua situasi tegang yang berlaku, Malaysia mengambil pendekatan bertoleransi iaitu hubungan yang baik sesama negara jiran atas dasar persahabatan dan hormat-menghormati sesama negara jiran.
Namum persoalannya ialah adakah negara kita sanggup di hina, di cerca, diugut, diancam malah di malukan oleh Indonesia semata-mata tidak mahu mengorbankan prinsip tersebut?
Janganlah kerana kerana kita menganggap Indonesia sebagai negara jiran dan bangsa satu rumpun, maka kita harus sentiasa dan selamanya bertolak-ansur, walaupun mereka membaling ‘tahi’ ke muka kita masih sanggup bersabar.
Mengapa kita sahaja yang harus menghormati dan menjaga hati mereka? Mahukah kita menggadaikan maruah bangsa dan negara demi mempertahankan satu prinsip? Fikirkanlah!

No comments:

Post a Comment