Pernahkah anda membaca atau mendengar kisah “The Big
Apple Tree”? Intipati kisah ini memaparkan bagaimana seorang ibu atau bapa
sanggup mengorbankan segala-galanya, hatta dirinya sekali demi kasih sayangnya
terhadap anak. Sebaliknya hanya satu keinginan sahaja bagi seorang ibu atau
bapa, sentiasa mengharapkan dan merindui kehadiran anak di sisi menemaninya
di usia tuanya, bukannya nilai harta benda atau sebarang bentuk kebendaan dan
kemewahan yang dicurahkan tanpa kehadiran anaknya. Maka seseorang anak
hendaklah sentiasa mengenang jasa dan membalas budi mereka dengan sentiasa
mengunjungi mereka, dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dan keberkatan
hidup mereka.
Jangan sampai bila ibubapa dah tiada barulah kita menyesal kerana tidak menunaikan tanggungjawab seorang anak. Jangan bila ibubapa kita dah tiada, barulah kita sedar yang banyak perkara sebenarnya kita boleh lakukan bersama ketika mereka masih hidup! Bila itu semua terjadi, ianya sudahpun terlambat sebab tiada makna lagi walaupun menangis air mata darah, menangis penyesalan yang tak bertepi. Hakikatnya, kita hanya ada seorang ayah dan seorang emak.

“A parent is someone you look up to no matter how tall
you grow.”

No comments:
Post a Comment