Friday, 8 May 2009

DILEMA SAUDARA BARU



Tanggal 20 April 1998 merupakan hari yang amat bersejarah yang telah membuka lembaran baru dalam hidup saya. Saya amat bersyukur kerana di buka hati dan di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk agama Islam di hari yang penuh makna ini. Saya juga bersyukur kerana tiada sebarang halangan, bantahan atau ugutan dari keluarga apabila mereka mengetahui hasrat saya itu. Terimakasih kepada emak, abang dan adik serta saudara mara yang memahami dan tidak mempersendakan saya dan yang paling utama tidak menyisihkan saya.
Bagi saya, sesiapa yang terbuka hatinya memeluk Islam, mereka adalah insan yang bertuah. Namun jalan seterusnya yang terpaksa saya tempuhi bukanlah tanpa ranjau dan liku. 
Saya bukan tidak pernah diuji, malah sejak awal memeluk Islam sehingga kini, banyak dugaan, banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi sebagai seorang saudara baru. Pelbagai cabaran perlu dihadapi saudara baru termasuk nama, gaya hidup dan keadaan sekeliling yang sentiasa mencabar hati dan perasaan. Persepsi masyarakat dan beberapa persoalan yang diajukan kepada saya telah menyinggung perasaan saya dan membuat diri saya amat terkilan dan sedih sebagai seorang saudara baru. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Namun saya bersyukur kerana masih diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan perjalanan hidup yang penuh onak dan duri ini.
Saya bertekad walau apa pun yang akan terjadi, saya tidak akan sekali-kali menyesal atau berpaling semula pada kehidupan lama saya. Ini adalah kerana sekali saya melangkah saya tidak akan berpatah balik!

No comments:

Post a Comment