Tidak dinafikan Ridhuan Tee pernah makan daging khinzir. Namun kita jangan lupa bahawa beliau makan daging tersebut pada zaman sebelum beliau mengenali dan menganut agama Islam. Maka tidak ada salah dan silapnya dalam hal ini. Orang Cina bukan Islam mana yang tak makan daging khinzir, apatah lagi ada pendapat mengatakan daging khinzir paling sedap di dunia, selazat-lazat daging ayam, lembu, kambing, ikan, ketam atau udang, semuanya itu tidak dapat menandingi kelazatan daging khinzir.
Kalau ada di antara mereka sudah berhenti makan daging tersebut kerana sebab-sebab kesihatan atau keagamaan, namun satu ketika dulu mereka juga adalah peminat daging khinzir.
Ridhuan Tee hanya ingin memberi pandangan peribadi beliau. Tulisan beliau mengandungi komen dan kritikan yang membina serta menginsafi kita terutamanya dari aspek moral. Setiap bangsa, masyarakat dan individu yang bermoral tidak akan meredhai hubungan seks dan mengandung sebelum berkahwin.
Malang bagi Ridhuan Tee kerana telah dijadikan mangsa kerakusan politik dan perkauman sempit golongan yang tiada nilai-nilai moral.
Bagi mereka yang langsung tidak punya moral, janganlah hanya tau melalak. Ingatlah bahawa benang yang basah tak akan dapat ditegakkan!!!

No comments:
Post a Comment