Pernah
tak tengok anjing tersepit? Berhati-hatilah taringnya cukup tajam!
Ibarat
memberi anjing makan tapi mengigit balik tangan yang menyuapnya, terdapat
golongan yang langsung tidak menghargai segala usaha dan pemberian kerajaan.
Begitu juga seperti melepaskan anjing yang tersepit, golongan ini tidak tahu bersyukur
dan berterimakasih setelah diberi bantuan atau pertolongan, hanya tahu
mengigit-gigit sahaja. Golongan ini hanya sesuai menjadi pemimpin jalanan, macam
anjing-anjing liar yang berkeliaran di jalan.
Justru,
pihak kerajaan hendaklah berhati-hati dan berwaspada jika nak ‘melepaskan
anjing yang tersepit’.
Bukan
maksud saya bahawa kita perlu ‘menyembah’ kerajaan, ada ketikanya kita perlu
mengkritik tetapi biarlah kritikan-kritikan tersebut berasas, sahih, tulen dan
membina. Pada masa yang sama kita janganlah lupa untuk menghargai sumbangan dan
kejayaan kerajaan. Bukannya hentam keromo kerajaan sepanjang masa, sepanjang
jalan, sepanjang hidup kita.

No comments:
Post a Comment